NEWS & HIGHLIGHT

SITUASI BANJIR DI RESIDENSI LUBOK JONG, PASIR MAS, KELANTAN

27 February 2022

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) mengambil maklum bahawa Residensi Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan telah terjejas banjir akibat hujan lebat yang melanda Pantai Timur. Sehingga kini, terdapat hampir 60 penduduk yang terjejas untuk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Kompleks Apam Putra, Pasir Mas.

Kakitangan PR1MA juga telah ke lokasi untuk memantau situasi banjir di kawasan tersebut di samping membantu penduduk yang terjejas.

Di samping itu, pasukan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan PR1MA yang sebelum ini terlibat dalam misi bantuan pasca banjir di Selangor dan Pahang sedang bersiap siaga bagi menghantar keperluan sewajarnya tertakluk kepada arahan dan saranan pihak berkuasa.




Icon of Google Playstore  Icon of Appstore
Icon of Google Playstore    Icon of Appstore

Icon of Facebook Icon of Instagram  Icon of Youtube
Icon of Facebook Icon of Instagram Icon of Youtube

Icon of Google Maps Icon of Waze

Icon of Google Maps  Icon of Waze